CHINESE Welcome to Nanning (China-ASEAN) Commodity Exchange !
Home > English > Media Article

Guangxi menjadi saluran utama bagi urusniaga e-dagang merentasi sempadan China C ASEAN

Time:2015-09-18  Source:Malay-QinZhouChina  Author:

Baru-baru ini, Timbalan pengarah Jabatan perdagangan Guangxi, Ma JiXian menyatakan bahawa, menerusi perusahaan e-dagang merentasi sempadan yang semakin besar, Guangxi telah menjadi saluran utama bagi e-dagang merentasi sempadan China - ASEAN secara awalan.

Pada tahun ini, Nanning (China - ASEAN) Commodity Exchange (NCCE) membina pusat dagangan produk sumber asas industri luar pesisir di Indonesia (NCCE Overseas Indonesia) dan menggunakan mata wang RMB sebagai harga dagangan serta pembayaran, ini telah memudahkan transaksi pembelian merentasi sempadan; Platform e-dagang Mei Li Wan Guangxi juga menubuhkan hubungan kerjasama dengan Vietnam, Malaysia, Thailand, dan lain-lain 7 negara ASEAN, menawarkan produk berkualiti ASEAN kepada negeri China dan membentuk saluran utama bagi jualan produk ASEAN dalam talian.

Guangxi telah menangguhkan kutipan dana pembinaan pemuliharaan air terhadap syarikat platform urusniaga e-dagang barangan sumber asas industri. Selain itu, juga memberi jaminan atas dasar dari segi penggunaan tanah, kewangan, dan orang berbakat bagi perusahaan e-dagang, membantu syarikat jenis ini dapat berkembang dengan lancar di Nanning.

Relevant